"Kisah Yang Menghidupkan"
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan lagi untuk join Program MDB With Youths "Heal & Grow" anjuran 5pages1day. Dan seperti biasa Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) akan membuat lontaran minda kepada peserta dalam lebih kurang 15 minit. Penulisan pada minggu ini agak panjang sikit kerana saya hanya memindahkan apa yang telah dikongsikan oleh MDB. Mudah-mudahan semua dapat melihat bahawa tugas MENULIS ini bukan tugas biasa-biasa, tugas orang yang luar biasa. Kerana ramai orang suka membaca mungkin, tetapi kalau tidak ada bahan bacaan, bagaimana manusia boleh membaca? Kata orang-orang motivasi, "tanpa buku ditulis, dunia akan sepi."
Dalam konteks kita kalau tidak ada ilmu dan buku yang ditulis, ilmu juga akan beku. Kita akan melihat suatu kejumudan, suatu kelesuan pemikiran sebab buku itu melambangkan pemikiran, melambangkan suatu gelombang pemikiran yang tinggi di kalangan penulis dan pembaca. Malah kadang-kadang pembaca lebih banyak berfikir daripada penulis dengan lontaran yang kita lontarkan.
Apatah lagi kalau buku itu adalah sebuah kitab yang suci seperti al-Quran yang pastinya sarat dan padat dengan mesej yang boleh ditafsirkan, yang boleh dikembang-kembangkan, boleh dianjal-anjalkan supaya menjadi makna dan gelombang yang sentiasa hidup dalam pelbagai lapisan dan dimensi kehidupan. Pada hari ini, MDB berkongsi berkenaan Surah Yusuf ayat 3:
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ اَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَآ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ هٰذَا الْقُرْاٰنَۖ وَاِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الْغٰفِلِيْنَ
Terjemahan: Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur'an ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.
Apa yang menarik perhatian MDB, bagaimana Allah S.W.T. mengibaratkan atau memberi suatu kualiti deskripsi yang menarik iaitu "Kami akan menceritakan ke atas kamu sebaik-baik Kisah." Maknanya dalam al-Quran ini, cerita ini suatu benda yang penting. Malah tidak keterlaluan jika disebut secara rambangnya 1/3 daripada al-Quran adalah cerita. Cerita itu merupakan satu keperluan kemanusian dan tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa cerita itu hanya relevan pada zaman dahulu. Cerita bukanlah bermaksud konten itu, tetapi cara pengceritaan itu. Manusia sentiasa suka untuk mendengar cerita, membaca cerita, malah difilemkan cerita kerana itu sifat manusia. Dan Allah S.W.T. menjadikan manusia ini pada pandangan MDB suka kepada pengceritaan.
Manusia ini adalah "the best story telling creatures". Manusia ini adalah sebaik-baik pengciptaan Allah untuk menceritakan dan mendengar cerita. Anak-anak kita kalau diceritakan, mereka suka mendengar cerita. Sebab itu di budaya Barat, mereka banyak melakukan cara Pendidikan melalui pengceritaan. Daripada kecil lagi cerita mimpi, cerita perjuangan, cerita visi, cerita masyarakat, cerita binatang telah diajarkan. Sebab itulah motivasi manusia untuk berfikir.
Dalam masyarakat kita di Malaysia, MDB bercerita tentang zamannya dahulu yang mana kita dilarang atau jangan bermimpi. Kita tidak digalakkan untuk melakukan satu imaginasi yang tinggi malah dijadikan dalam silibus Pendidikan, kisah angan-angan Mat Jenin. Tidak boleh angan-angan. Dianggap satu benda yang buruk dan negatif. Kalau kita angan-angan, kita ditegur oleh ibu bapa kita. "Hang ni kenapa duk berangan sangat, kenapa duk berkhayal sangat." Sedangkan angan-angan itu, khayalan itu adalah sifat manusia yang ada gelombang positifnya dalam masyarakat. Jadi, dalam konteks ini kita melihat bahawa cerita itu boleh disalurkan kepada membina mimpi dan impian. Kerana kalau nak bagi rasa semangat dengan fakta dan cerita biasa tidak boleh.
Jika kita nak buat buku motivasi, sekadar buku motivasi, tidak ada pengceritaan, ia tidak menarik. Malah dalam buku motivasi kesemuanya mesti ada case study, mesti ada clinical report, mesti ada pengalaman-pengalaman orang psikiatrik, orang psikologi, orang NGO, orang-orang Korporat yang membuat benda-benda yang luar biasa untuk memberikan motivasi kepada pembaca. Jadi dia punya "core focus" adalah sebuah cerita yang ingin dikongsikan bersama oleh Penulis kepada Pembaca.
Berbalik kepada Surah Yusuf, kenapa al-Quran ini cerita? Dan kadang-kadang kita rasa cerita dalam cerita, dalam bicara hukum-hakam yang serius dimasukkan cerita sekejap, kemudian keluar balik, kemudian masuk balik, mesti ada suatu mesej yang terlalu Agung, yang terlalu mulia yang mungkin frekuensi minda kita tidak boleh mendapat jawapan tersebut. "It's not the fault of the Quran, it's the fault of the Heaven, is the fault of ourself yang kita menggunakan frekuensi yang rendah untuk memahami suatu yang tinggi." Cerita Nabi Yusuf bukan biasa-biasa, sedangkan cerita ini "is the best story ever told in the Quran." Dari segi bahasanya, cara pengceritaannya, cara metaforanya, cara pemikiran futurisnya, cara pemikiran throwback/flashback, cara mesej dalam cerita, cara ketukan-ketukan hati dan minda semua ada dalam Surah ini.
Sebagai mengambil semangat ini, sudah tiba masanya kita "upgrade" ilmu al-Quran kita. Ada orang dia baru atau sedang belajar untuk membacanya. Baik dan teruskan. Ada orang pula dia sedang talaqqi dengan guru untuk memperelokkan bacaan. Bagus juga dan teruskan. Cuma saya nak mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk belajar ilmu Tadabbur al-Quran juga, mudah-mudahan kita bukan sekadar boleh baca tetapi memahami dan mengamalkannya. Tambahan lagi di Televisyen dan Media Sosial dah macam-macam Slot al-Quran ini. Sebagai contoh My Qurantime di TV Al-Hijrah, Pages Facebook Tadabbur Centre dan MDB sendiri ada Slot Tadabbur Al-Quran Secara Kognitif bersama Ustaz KAB setiap Sabtu jam 3 petang (hari ini). Tinggal mahu atau tidak sahaja. "Better late than never." 😃
Berbalik kepada Penulis Muda atau baru belajar menulis, jadi MDB melihat bahawa "Kisah" ini banyak faedah dan manfaatnya. Kalau nak menulis, jangan abaikan aspek ini walaupun kita mula dengan apa yang kita suka dahulu, bidang kita sama ada penulisan sastera, penulisan akademik, penulisan agama, penulisan saintifik, penulisan politik, kritikan dan sebagainya. Jangan lupakan aspek cerita-cerita dalam penulisan kita. Kerana al-Quran pun sarat dan padat dengan "Cerita". Jadi atas dasar itu, kita kena banyak baca buku-buku cerita dan novel. Ceritalah yang dapat merungkaikan segala-galanya.
Untuk menjadi penulis masa hadapan, kita mengambillah inspirasi daripada al-Quran, yang penuh dengan cerita dan kalau kita baca cerita al-Quran, buka minda kita. Kadang-kadang MDB rasa bahawa, (mungkin tidak betul), mesej yang tersirat di sebalik cerita itu, lebih hebat dan lebih berat daripada mesej yang disampaikan secara ayat yang berskala rendah, berfrekuensi rendah. Saya tidak katakan ada perbezaan antara ayat dengan ayat, tetapi dari segi cerita itu kita kena fikir dalam sikit. Contoh ayat berkenaan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. "Straight forward" dari segi pemahaman. Tetapi bila Allah bercerita mengenai Dzulkarnain, Teknologi Dzulkarnain, tentang tawaran kaum Dzulkarnain, jadi kita baca cerita ini, kita kena lebih fikir dalam sikit supaya dapat mesej daripada cerita.
Jadi "Cerita" ini bukan mudah. Nak tulis pun payah, nak faham pun payah. Itulah satu aspek penulisan yang kita rasa kita kena kembali semula membuat suatu penulisan untuk anak-anak kita yang kecil lagi, 3 tahun, 4 tahun sampailah mereka jadi dewasa dan peringkat zaman sekarang dengan kegawatan ekonomi, politik, sosial, kita kena banyakkan pengceritaan kepada masyarakat. Mereka ini tidak suka baca buku yang berat, buku-buku yang akademik, tetapi untuk masyarakat biasa, orang biasa tidak kira umur, pangkat dan kedudukan, mereka lebih suka membaca buku bertema tinggi tetapi dibuat dalam bentuk novel, buku-buku cerita yang pelbagai bentuk.
Sebagai akhirnya, mudah-mudahan dengan pengisian ini, kita jadilah skill untuk menulis sebuah cerita itu, suatu skill yang ada dalam semua penulisan kita. Dalam cerita itu ada pengajaran. Dalam semua buku motivasi yang kita baca mesti ada cerita tentang pengalaman, cerita pengkajian makmal, cerita pengkajian medan, pengkajian lapangan untuk menjadikan sebuah buku itu lebih lunak dibaca, lebih mencabar minda, dan boleh menjentik perasaan kita. Apa guna tulis buku kalau tidak dapat menjentik minda, perasaan, jiwa dan ruh pembaca kita. Jadi kita kena berusaha lebih kuat lagi, jangan give up, long way to go, banyakkan pembacaan buku-buku yang lebih berjaya daripada kita dan minta Allah S.W.T. ilhamkan kita dan berikan kita keseronokan membaca pagi, petang dan malam untuk kita menulis. Bukan untuk menjadi orang hebat, orang masyhur, tetapi menjadi seorang penulis yang memberikan impak kepada minda, ruh dan jiwa pembaca kita.
Itulah yang kita harapkan supaya setiap perkataan yang kita tulis itu menjadi wakaf untuk kita, sedekah jariah yang akan berterusan sampai bila-bila, sampai kita dibangunkan di Padang Mahsyar. Dengan syarat kita ikhlas menulis. Kita menulis kerana Allah S.W.T. Kita menulis kerana nak mengubah masyarakat. Penulis adalah Perubah Masyarakat. Saya kongsikan gambar Novel "Diari Seorang Amil" karya Ustaz Hamizul Abdul Hamid dalam penulisan ini kerana buku ini antara yang terawal saya baca semasa saya mula bekerja di PPZ-MAIWP. Bagi saya kisah pengalaman Ustaz Hamizul sebagai sebagai seorang "Amil Zakat" telah banyak menginspirasikan saya untuk terus berada dalam bidang ini dan mudah-mudahan sehingga hujung nyawa. Mungkin selepas ini akan diceritakan kisah-kisah Pembayar Zakat untuk inspirasi bersama. Nak rasa nikmatnya BERZAKAT? Bayarlah dahulu, KITA akan rasa sendiri. Sekian....
#5pages1day
#mdbwithyouths
-
Ditulis oleh Ahmad Zulfadzli
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka t...
「cerita motivasi hidup」的推薦目錄:
- 關於cerita motivasi hidup 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於cerita motivasi hidup 在 Heliza Helmi Facebook 的最讚貼文
- 關於cerita motivasi hidup 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於cerita motivasi hidup 在 David Teo Youtube 的最佳貼文
- 關於cerita motivasi hidup 在 Kisah Keranjang Besar | Cerita Motivasi - YouTube 的評價
- 關於cerita motivasi hidup 在 Himpunan Cerita Motivasi | Facebook 的評價
- 關於cerita motivasi hidup 在 Cerita Kehidupan | Kutipan motivasi, Cerita, Motivasi - Pinterest 的評價
cerita motivasi hidup 在 Heliza Helmi Facebook 的最讚貼文
INI KAEDAH TERKINI UNTUK MEMBONGKAR RAHSIA ENERGI DALAM DIRI ANDA TANPA PERLU BERUBAH MENJADI ORANG LAIN..
.
.
Walaupun sebelum ni anda rasa tak perlu dengar atau pergi pun program motivasi, tetapi anda tetap perlukan motivasi dalam diri anda setiap masa dan ebook unik ini berhasil meningkatkan energi dalaman anda. Biar saya terangkan.
“Saya seorang yang susah nak baca buku, tapi bila baca tajuk Ayat-Ayat Cinta Dari Tuhan ni terus terasa nak baca. Tajuk dia saja dah buat saya rasa ingin tahu dan bila nampak isi dalam buku yang berwarna warni lagi lah buat saya rasa yang buku ini takkan buat saya bosan.
Setiap cerita dalam buku ini sangat memberi kesan dalam diri saya, walaupun saya tak pernah laluinya saya tetap dapat rasakan. Buku ni membuat saya terus terfikir sejauh mana hubungan saya dengan Allah. Saya paling suka sebab buku ni banyak quote yang menarik. Bila saya rasa down atau sedih saya akan baca quote ni untuk beri saya semangat.
It’s highly recommended for those yang rasa diri dia lost dalam dunia ni dan untuk someone yang tak suka sangat membaca sebab seriously buku ni tak akan bosan.”
(Testimoni Ayat Cinta Dari Tuhan, Cik Puan Hana)
.
.
5 Risiko Tiada Motivasi Dalam Hidup:
✅Hilang semangat untuk buat sesuatu perkara dengan baik. Dengan adanya motivasi dalam hidup anda, setiap masa anda akan sentiasa bersemangat untuk buat sesuatu perkara dengan lebih baik.
✅ Hilang tenaga untuk selesaikan kerja dan masalah yang dihadapi. Bila adanya motivasi dalam hidup, anda akan dapat rasa 1 tenaga untuk selesaikan kerja bahkan juga boleh selesaikan masalah anda yang ada.
✅ Tak bersedia untuk belajar perkara baru, menghadapi masalah dan mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut tapi bila motivasi dipenuhi dalam diri anda anda lebih bersedia untuk buat perkara baru dan bersedia menghadapi sebarang masalah yang timbul.
✅ Tak bersedia untuk terima apa yang tidak dijangka akan berlaku. Jika motivasi menghiasi hidup anda, anda lebih bersedia terima apa perkara pun yang tak dijangka.
✅ Meningkatkan tekanan dalam diri jadi bila anda lengkapi hidup anda dengan motivasi sekaligus akan mengurangkan tekanan dalam diri anda.
.
.
Anda akan dapat diskaun sebanyak 16% dan 2 free gift bernilai Rm15 sebagai hadiah untuk anda peroleh energi dalaman yang luar biasa hebat dan manfaatkannya seumur hidup anda.
Tekan link kat bawah sekarang untuk dapatkan energi dalaman anda setiap masa.👇🏻
https://mahsyar.com/kombomotivasi/
https://mahsyar.com/kombomotivasi/
https://mahsyar.com/kombomotivasi/
cerita motivasi hidup 在 Facebook 的最讚貼文
Episod Fiza O And Girlfriends kali ini mengajak anda meluahkan perasaan anda kepada Fiza O dengan harapan agar ia dapat menjadi satu motivasi pada yang lain. Pasti anda pernah dengar istilah kalau kita susah ada orang lebih susah. Jom kongsi cerita anda, BIG HUGS!
WhatsApp cerita anda atau pandangan anda ke +6583890280 . Nama anda serta informasi anda akan dirahsiakan. Sekiranya anda tidak ingin dikenali sila gunakan nama samaran dan jangan gunakan nama sebenar orang yang anda ceritakan. Cerita yang disampaikan dalam Fiza O And Girlfriends adalah berdasarkan pengalaman anda dan pandangan anda sahaja. Fiza O And Girlfriends tidak dapat menegesahkan ketepatan perkongsian atau kenyataan anda. Rancangan LIVE Fiza O Anda Girlfriends ingin membantu membuat kesedaran kepada yang senasib dan bukan untuk mengaibkan sesiapa.
FIZA O AND GIRLFRIENDS
Lets discuss and share your thoughts
Follow Fiza O :
Drop me an Email
business@fizaoandgirlfriends.com (For Business)
hello@fizaoandgirlfriends.com (For Fan Mail)
Find me on INSTAGRAM
https://www.instagram.com/fiza_o
Find me on FACEBOOK
https://www.facebook.com/i.like.fizao/
Find me on TWITTER
https://twitter.com/fiza_o_
cerita motivasi hidup 在 David Teo Youtube 的最佳貼文
Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?
KONGSI FULL MOVIE
https://www.youtube.com/watch?v=OsddJ...
SENARIO OPS POCOT
https://www.youtube.com/watch?v=g6eH5...
1 LAWAN SATU
https://www.youtube.com/watch?v=s7jCA...
SAYANGNYA AZAL BAGI AZIL MAKAN DULU
https://www.youtube.com/watch?v=c5LQB...
AZAL BERLAKON CERITA SERAM.. Tiba-Tiba Zarina Zainuddin Kena Rasuk?
https://www.youtube.com/watch?v=qc9TA...
#MigMovie #SenarioOpsPocot #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
====================================================
Marketing and promotions please contact :
Email : ruby@metrowealth.com.my & jane@metrowealth.com.my
No phone : +603-7782-2299 (Monday to Friday | 9am to 6pm)
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
====================================================
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
cerita motivasi hidup 在 Himpunan Cerita Motivasi | Facebook 的推薦與評價
Himpunan Cerita Motivasi. 614 likes. Hidup ibarat roda, tidak selalunya di atas, kadang gembira, kadang bersedih. Ikuti cerita motivasi khas buat anda... ... <看更多>
cerita motivasi hidup 在 Cerita Kehidupan | Kutipan motivasi, Cerita, Motivasi - Pinterest 的推薦與評價
2020 Mei 7 - Akhir sebuah cerita tergantung keputusan hari ini. ... on Alhamdulilah in 2022 | Motivasi belajar, Kutipan buku, Kutipan motivasi belajar. ... <看更多>
cerita motivasi hidup 在 Kisah Keranjang Besar | Cerita Motivasi - YouTube 的推薦與評價
Arang Dan Berlian | Cerita Inspiratif Singkat | Motivasi Hidup. Raja Motivasi. Raja Motivasi. •. 36K views 1 year ago ... ... <看更多>